My MuSiC


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

keNaLi gUrLz yEan'D...









Go get your own pYzam Page Pets

Page Pets & MySpace Layouts



Hai sumer.. makasih bebanyak coz sudi jenguk2 blog yean neE.. yean harap ada yang sudi menjadi sahabat yean di alam maya ini..! anyway, buat rakan2 sumer, maafkan yean jika yean siarkan citer2 yang x m'yenangkan hati.. and yean harap you aLL enjoy...!!!



Ahad, 15 Mac 2009

Cinta PertamaKU..(series 1)

BAB 2


Sejak kejadian tempoh hari, hubungan aku dengan Jun semakin erat. Memang indah mencintai dan dicintai oleh orang yang kita sayangi. Namun apabila Asrul iaitu kawan baik Jun menyatakan tentang perasaan cintanya kepadaku, aku menjadi serba salah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui tentang hubungan aku dengan Jun sekarang ini kecuali Irah, Wawa, Jie, Adi, Man, dan Muz.

Aku tidak sanggup untuk memberitahu Asrul tentang hubungan kami. Aku takut jika hubungan persahabatan yang mereka bina selama ini akan putus disebabkan oleh aku. Apalagi untuk memberitahu Jun tentang perasaan Asrul kepadaku
.

Aku cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada berjumpa dengan Asrul. Kelakuanku kini disedari oleh Irah, Wawa dan Jie. Aku menceritakan segalanya kepada mereka. Namun, itu masih tidak dapat menyelesaikan masalahku.

Suatu hari, Jun langgsung tidak menegurku. Aku hairan dengan kelakuannya. Tidak pernah sesekali dia berbuat begini. Tiba-tiba sahaja dia menjadi dingin kepadaku. Adakah dia sudah tahu hal yang sebenarnya? Aku perlu mendapatkan kepastian. Aku tidak mahu kehilangan orang yang amat kusayangi.

"Jun.." aku menyapanya yang berada di dalam dewan. Nasib baiklah ketika itu tidak ada orang. Bolehlah aku menyelesaikan masalah kami disini. Jun melangkahkan kaki setelah menyedari kehadiranku di situ.


"Tunggu dulu. Kenapa awak buat saya macam neE? Awak dah tak sayangkan saya lagi?" aku menghalang Jun daripada keluar dari dewan tersebut. Dia meman
dangku dan hanya menggelengkan kepalanya tanda menafikan kata-kataku sebentar tadi.

"So, kenapa awak nak mengelak dari saya?!" airmataku membasahi pipi. Tidak sanggup rasanya untuk aku membayangkan bahawa Jun akan meninggalkan aku setelah hubungan yang kami bina selama ini. Hubungan yang pasti membuatkan hidupku disinari kebahagian.

"I'm sorry, yean.. I always love you,but.." Jun mengenggam tanganku erat. Kata-kata yang keluar dari mulutnya terhenti. Aku menanti dengan penuh sabar. Menanti kata-kata yang akan membuatkan hubungan kami lebih menjadi jelas.

"Tapi apa?" ujarku setelah mendapati Jun hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.

"Asrul... dea..."


"Kenapa? Sebab dea sukakan saya, awak nak nak elakkan diri dari saya?!" ujarku lagi. Geram dengan kelakuan Jun yang lebih mementingkan perasaan sahabatnya daripada perasaanku sendiri.


"Bukan. Tapi... Awak tahu kan? Saya tak boleh buat dea macam neE. Dea sangat sayangkan awak, yean. Saya tak mahu dicop sebagai kawan makan kawan. Sayang, remember this, I love you. But we can't do this to him."

"What?! So, awak nak saya dengan dea.."


"Shhh, bukan begitu. Cuma..."

"Cuma apa? Awak nak kita putuskan hubungan?"

"Yean, bukan itu maksud saya. Saya tak mahu kehilangan orang yang saya sayang. Tapi saya juga tidak mahu kehilangan sahabat baik saya, sayang. Kita tidak akan putuskan hubungan kita tapi..."


"Sudah larh,Jun. Saya tak mahu kerana saya, awak dengan Asrul bergaduh. Saya tak mahu awak selalu elakkan diri dari saya lagi. Saya dah buat keputusan, mulai hari ini kita akan tetap menjadi seorang saha
bat. Tidak lebih daripada itu." aku cuba untuk senyum. Namun, senyumanku itu membuatkan airmataku lebih laju membasahi pipi.

"No, saya nak awak tetap bersama saya. Saya akan cuba jelaskan semuanya kepada Asrul. Tolong jangan buat keputusan seperti ini. Please,sayang." Aku tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Inikah perasaan Jun padaku? Betulkah dia cukup mencintaiku? Namun, aku rasa bersalah. Bersalah terhadap Jun dan juga Asrul.

Asrul juga adalah sahabat baikku sebelum ini. Aku tidak sanggup untuk melukai hatinya. Apatah lagi melukai insan yang cukup kucintai. Aku dalam dilema. Tidak tahu harus membuat apa lagi agar tiada seorang pun yang akan terluka dengan keputusanku kelak.


"Kita sama-sama akan berjumpa dengan Asrul. Jelaskan dengan dea tentang hubungan kita selama ini,ok?" ujar Jun ap
abila aku hanya mendiamkan diri.

"Tapi, adakah awak sudah bersedia dengan semua ini.?"


"Yes. Saya pasti. Dan maafkan saya sebab selama neE saya selalu mengelak daripada berjumpa dengan awak. Saya buntu. Dan sekarang, saya berjanji akan mempertahankan hubungan kita walau apapun yang akan terjadi. I promise to you, sayang. I promise." Jun mengucup tanganku yang hangat.

Aku cukup terharu dengan Jun. Tidak sangka, dia akan lakukan semua ini. Aku tersenyum kepadanya. Memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi masalah ini. Aku cukup berharap Asrul dapat menerimanya. Hatiku berdegup kencang. Dapatkah aku dan Jun mempertahankan hubungan kami yang baru hendak mula mekar?


*********



Sudah hampir seminggu semua ini berlalu. Akhirnya aku dan Jun tidak perlu merahsiakan lagi tentang hubungan kami yang sudah sedia terjalin kepada Asrul. Semua guru juga telah mengetahu tentang perkara ini. Entah bagaimana perkara tentang kami boleh tersebar di seluruh sekolah.

Semenjak Asrul mengetahui tentang hubungan kami, dea sudah jarang bercakap. Namun, hubungannya dengan Jun masih seperti dulu. Bezanya, dea menjadi kekok apabila berhadapan dengan aku. Aku pelik dengan kelakuan Asrul sekarang, tetapi mujurlah tiada pergaduhan yang timbul antara Jun dan Asrul.

Kini, aku menjadi gadis yang paling famous di sekolah. Di mana sahaja aku pergi, pasti ada seseorang yang akan bertanya di mana Jun berada. Begitu juga dengan guru-guru yang ada di sekolah. Gadis-gadis yang dulunya meminati Jun pula sering menyapa aku dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana aku dapat memiliki Jun. Pelik!!! Namun, syukurlah kerana tiada seorang pun yang tidak menyukai aku walaupun lelaki idaman mereka sudah menjadi teman lelakiku.

Jun juga senasib denganku. Katanya ramai lelaki yang mennyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana dapat menjadikan aku teman wanitanya. Tidak aku nafikan memang dari dulu lagi aku selalu menolak jika ada lelaki yang mahu berkenalan denganku lebih daripada seorang kawan. Dan entah mengapa dengan mudah sahaja aku telah menjadi teman wanita Jun walaupun baru 2 bulan kami berkawan. Adakah ini kerana aku juga memang mencintai dirinya berbanding dengan mana-mana lelaki yang pernah ku temui sebelum ini?

Ya. Memang betul. Dan aku rasa sangat bahagia saat ini kerana telah menemui dengan lelaki idamanku yang selama ini ku tunggu dan idam-idamkan. Moga hubungan kami akan kekal hingga ke akhir hayat.



bersambung....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gambar yg awk letak kt profile tu gambar awk ke??

Tanpa Nama berkata...

yean blh thn penulisan yean nih..
blh la d smbg lg..gd luck!
akak pn minat dgn penulisan sjk skola lg..mst dpt A tiap kli pekse..
anyway nti blh la kite tkr pndgn k..hehe..