My MuSiC


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

keNaLi gUrLz yEan'D...









Go get your own pYzam Page Pets

Page Pets & MySpace Layouts



Hai sumer.. makasih bebanyak coz sudi jenguk2 blog yean neE.. yean harap ada yang sudi menjadi sahabat yean di alam maya ini..! anyway, buat rakan2 sumer, maafkan yean jika yean siarkan citer2 yang x m'yenangkan hati.. and yean harap you aLL enjoy...!!!



Memaparkan catatan dengan label CINTA SI GADIS BISU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CINTA SI GADIS BISU. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2009

cInTa sI gaDis biSu..

Ayu duduk bersandar di sebuah kerusi yang panjang di halaman rumah majikannya. Petang yang indah disinari dengan cahaya matahari yang mula terbenam, membuatkan suasana menjadi semakin gelap.

"Ayu, kenapa neE? Ibu lihat lain macam jer sejak balik dari sekolah tadi? Ayu bergaduh dengan Tuan Muda Razif lagi ker?" sapa Ibu Ayu iaitu Samsiah yang bimbang akan anaknya yang sejak dari tadi asyik termenung sahaja.

Razif pula tidak keluar lagi dari biliknya sejak pulang dari sekolah. Dia asyik berkurung sahaja dari tadi. Hati tuanya mulai berasa bimbang jika ada sesuatu yang telah berlaku antara Ayu dan Razif hingga menyebabkan mereka kelihatan sedih dan langsung tidak ingin bercakap dengan sesiapa pun.

"Ayu, cuba kamu beritahu Ibu apa sebenarnya masalah kamu." pujuk Samsiah lagi apabila mendapati anaknya hanya mendiamkan diri sahaja. Samsiah duduk disebelah Ayu dan berharap agar anaknya itu dapat menceritakan segalanya tentang masalahnya namun hampa. Ayu hanya menggelengkan kepalanya.

Ayu masih memikirkan kejadian yang berlaku antara dia dengan Razif di sekolah tadi. Ayu menjadi semakin resah apabila teringat akan wajah Razif yang sedang dalam kesedihan. Ayu pelik dengan kelakuan Razif. Timbul banyak persoalan di hatinya mengenai Razif. Mengapa Razif menangis? Kata-kata yang diungkapkan dari bibir Razif juga masih tergiang-giang di telinganya.

"Ayu..." Ayu tersentak. Lamunannya terhenti. Lupa akan kehadiran Ibunya di situ.

Ayu tak apa-apa Ibu. Ayu cuma penat jer sebab tadi ada banyak aktiviti di sekolah tadi. ujar Ayu. Dia terpaksa membohongi Ibunya agar tidak khuatir akan dirinya.

"Kalau macam tuE. Ibu nak masuk ke dalam dulu, banyak kerja lagi. Ayu plak jangan lupa masak makan malam nanti. Tak lama lagi Datuk dan Datin pulang." Ayu menganggukkan kepalanya.

Setelah kelibat Ibunya hilang dari pandangannya, Ayu segera masuk ke dalam dapur untuk memulakan tugasnya sebagai orang gaji di rumah mewah itu. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyiapkan makan minum keluarga majikannya. Bimbang juga dia jika terlewat menyiapkan segalanya.

*********

Berkali-kali Ayu mengetuk pintu bilik Razif namun tiada respon. Dia harus memberitahu Razif agar turun ke bawah kerana keluarganya yang lain sudah pun menunggu untuk makan malam bersama-sama.

Perlahan-lahan Ayu membuka pintu bilik. Mungkin Razif sedang tidur. Namun, setelah masuk ke bilik tersebut, Ayu langsung tidak melihat kelibat Razif di bilik itu. Ayu semakin hairan. Setahunya, Razif hanya berkurung dan tidak pernah keluar dari biliknya sejak pulang dari sekolah tadi. Tiba-tiba Ayu terdengar bunyi seperti kaca pecah.

Ayu segera mencari arah dimana bunyi itu kedengaran tadi. Alangkah terkejutnya apabila melihat Razif sedang duduk di bilik mandi sambil memegang bingkai gambar yang telah pecah. Ayu segera menghampiri Razif dan memeriksa keadaannya. Bimbang jika ada berlaku kecederaan ke atas diri Razif.Kelihatan Razif menggenggam gambar seorang wanita yang cantik memakai gaun pengantin berwarna putih.

"Apa awak buat kat sini?!" ujar Razif tiba-tiba tanpa memandang wajah Ayu. Dia masih lagi menatap gambar wanita itu.

"Keluar!" ujar Razif lagi dengan kasar menyebabkan Ayu tersentak.

"Awak pekak ker?! Saya kata keluar!" Razif memandang Ayu dengan pandangan yang tajam. Mata birunya kini tidak lagi bersinar indah, ia dipenuhi dengan kebencian. Ayu bergegas keluar dari bilik Razif. Dia tidak ingin membuatkan Razif menjadi lebih marah lagi.

"Ayu, apa awak buat kat sini? Mana Razif?" ujar Rafiq yang tiba-tiba ada dibelakang Ayu.

Dea marah dan saya tak tahu apa sebenarnya salah saya pada dea hingga membuatkan...

"Erm, takpelah. Biarkan dea bersendirian. Maybe dea teringatkan arwah Shasya lagi." ujar Rafiq lagi memotong kata-kata Ayu yang menggunakan pergerakan tangannya sebagai isyarat untuk dia bercakap.

Arwah? Ayu kebingungan. Wanita dalam gambar itukah?

"Nanti saya ceritakan pada Ayu. Sekarang, kita turun bawah. Yang lain dah tunggu tuE. Biar Mak Kiah jer yang bawakan makanan untuk Razif nanti." Ayu menganggukkan kepala lalu membuntuti langkah Rafiq menuruni anak tangga. Walaupun dia dan ibunya hanya orang gaji, namun mereka sering makan semeja dengan majikannya. Katanya lebih meriah jika makan beramai-ramai dan membuatkan lebih berselera.

Ayu memandang kerusi kosong disebelahnya. Itulah tempat yang sering Razif duduk apabila mereka menjamu selera. Ayu berasa bimbang. Timbul perasaan simpati dihatinya. Adakah Razif pernah kehilangan orang yang disayangi? Adakah wanita di dalam gambar itu telah meninggalkan Razif? Adakah wanita itu adalah insan yang penting dalam hidup Razif. Yang pasti, Ayu harus mendapatkan jawaban itu dari Rafiq.

*********

Rafiq memerhatikan Ayu dari jauh. Kelihatan Ayu sedang duduk di sebuah buaian kecil di taman yang terdapat di halaman rumahnya. Perlahan-lahan Rafiq menghampiri Ayu yang masih termenung tanpa menyedari kehadirannya di situ.

"Ayu..." Ayu berpaling. Suara itu cukup dikenalinya. Ayu tersenyum kelat.

"Kenapa neE? Macam ada masalah jer." ujar Rafiq lantas duduk di sebelah Ayu. Ayu menggelengkan kepala. Belum sempat Ayu menggerakkan tangannya, Rafiq sudah terlebih dulu bercakap.

"Ayu masih fikirkan tentang Razif?" Ayu mengganggukkan kepala. Tekaan Rafiq sangat tepat. Ayu hanya mendiamkan diri, berharap agar Rafiq menceritakan mengenai Razif atau lebih dekat lagi iaitu mengenai insan yang sudahpun menjadi arwah itu.

"Nama dea Shasya. Ayu dah lihat gambar wanita yang ada di dalam bilik Razif?" Ayu mengganggukkan kepala sekali lagi.

"Dea tunang Razif."

Tunang? Ayu mengerutkan dahi. Tidak percaya akan kata-kata Rafiq sebentar tadi. Tidak mungkin Razif mempunyai tunang dalam usia yang begitu muda.

"Ya,memang betul. Wanita itu tunang Razif. Dea meninggal 3 bulan yang lalu akibat menghidap penyakit jantung berlubang. Oleh itu, Razif mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Shasya sebelum terlambat walaupun masih dalam usia yang begitu muda. Setelah mereka bertunang, Shasya mendapat seorang penderma jantung yang sesuai. Razif sangat gembira pada masa itu. Namun, kegembiraan itu datang hanya seketika apabila Shasya gagal dalam pembedahannya kerana keadaannya saat itu sangat kritikal. Setelah menerima kehilangan Shasya, barulah Razif pulang ke sini semula. Namun apa yang saya lihat, Razif masih lagi seperti dulu, masih tidak dapat menerima kehilangan Shasya walaupun sudah pulang ke tanah air." ujar Razif menerangkan segalanya kepada Ayu.

Ayu mula berasa simpati terhadap Razif. Tidak sangka Razif juga senasib dengannya. Dua-dua pernah merasai dan kehilangan orang yang disayangi. Ayu teringatkan arwah ayahnya. Ibunya tidak pernah mengeluarkan setitik pun airmata di depannya saat ayahnya meninggal. Tapi, Ayu dapat melihat tangisan Ibunya itu di mata hijau milik Ibunya. Memang sakit rasanya ketika kehilangan orang yang dicintai.

"Ayu, dah lewat malam neE. Esok kena bangun awal lagi untuk ke sekolah. Mari kita masuk." ujar Rafiq menghentikan lamunan Ayu. Langkah Rafiq menuju masuk ke dalam rumah diikuti Ayu.

"Ayu jangan terlalu memikirkan perkara itu, okay? Selamat malam." ujar Rafiq lagi seakan-akan tahu apa yang tengah difikirkan oleh Ayu saat ini. Ayu membalas senyuman yang dilemparkan oleh Rafiq kepadanya. Ayu terus menuju ke biliknya setelah Rafiq berlalu dari situ. Dia harus merehatkan tubuh badan secukupnya agar lebih bertenaga pagi esok.




Ahad, 8 Mac 2009

cInTa sI gaDis biSu..

PART 1

Ayu menghampiri bilik Razif. Sudah jam 7 pagi namun Razif masih belum bangun lagi. Dia harus mengejutkan Razif agar tidak terlewat untuk ke sekolah. Kini Razif juga bersekolah di SRMU dan sekelas dengan Ayu. Ayu pula ditugaskan oleh keluarga Razif untuk menjaganya.

Dia berasa hairan kerana perlu menjaga seorang lelaki yang sudah matang dan pasti tahu menjaga dirinya sendiri. Mengapa perlu perhatian daripada orang lain lagi? Namun, Ayu terpaksa akur kerana ia memang adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja di bawah keluarga Razif.

Ayu mengetuk pintu bilik Razif berkali-kali namun tiada respon. Ayu membuka pintu perlahan-lahan. Dia harus mengejutkan Razif dengan segera. Alangkah terkejutnya Ayu apabila mendapati Razif masih tidur.

Dea tak dengar ke tadi saya ketuk pintu tuE sampai nak pecah?! Agak nyer kalau saya bom bilik neE pun pasti dea tak perasan punyer!

Ayu hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat Razif. Tanpa disedarinya, terukir senyuman di bibir Ayu. Ayu merenung Razif agak lama. Dia menghampiri Razif dan cuba untuk mengejutkannya. Razif tiba-tiba memeluk Ayu dan membuatkan Ayu kaku. Ayu lemas dalam pelukan Razif namun dia segera menolak Razif dan membuatkan Razif terjaga dari tidurnya.

"Apa awak buat kat bilik saya neE?" ujar Razif yang terkejut dengan kehadiran Ayu di dalam biliknya itu. Ayu kemudiannya mencapai jam yang terletak di meja dan menghulurkannya kepada Razif.

"Apa neE? Jam? Kenapa awak bagi saya jam neE?" Razif mengerutkan dahinya. Tidak faham akan tindakan Ayu.

Ayu kemudiannya menunjukkan angka 7 dengan jari telunjuknya. "Hah?? Dah jam 7? Kenapa awak tak cakap awal2?!" ujar Razif lalu menuju ke bilik air dengan gopoh.

"Apa awak buat kat sini lagi? Keluarlah, saya nak mandi. Takkan awak nak tengok filem free kot!" Ayu segera keluar daripada bilik itu.

Saya pun tak ingin nak tengok walaupun ia percuma larh,huh! Ayu merengus kasar. Dia hairan kenapa Razif selalu ingin bertekak dengannya. Setahu Ayu, dia tidak pernah sekalipun melakukan kesalahan kepada Razif. Sudah seminggu Razif berada di sini, namun sekalipun tidak pernah melayan Ayu dengan baik. Ada saja yang salah di matanya.

Anak orang kaya. Mana larh ada hati nak bercakap sopan apatah lagi nak bebaik dengan orang gaji macam saya neE. Silap hari bulan, Pasti dea suruh saya panggil 'Tuan' kot.. Ekeke!!

Ayu segara menahan gelak dan kemudian menuju ke tempat dimana kereta Razif diparkir. Hari neE dia terpaksa bersama-sama ke sekolah dengan Razif. Ayu berasa sedih kerana dia mungkin tidak akan dapat bersama dengan Rafiq lagi seperti selalu.


*********

"Apa ayu buat kat sini? Mana Razif?" tanya Rafiq yang menyedari kehadiran Ayu di gelanggang tennis tersebut.

"Awak dah habis latihan?" tanya Ayu pula menggunakan pergerakan tangannya sebagai isyarat untuk bercakap tanpa menjawab pertanyaan Rafiq sebentar tadi.

"Ya. Ayu tak perlu lagi menunggu saya di sini. Mulai hari neE, Ayu kena sentiasa berada di sisi Razif. Maisarah akan pulang bersama saya mulai hari ini, memandangkan dea jugak sekelas dengan saya." terang Rafiq dengan senyuman. Ayu hanya berdiam diri. Hatinya mulai sakit apabila Rafiq sering bercakap tentang Maisarah sejak kebelakangan ini. Cemburukah dia??

Sejak kedatangan Maisarah dan Razif, Ayu jarang dapat mendampingi Rafiq seperti selalu. Apatah lagi, dia terpaksa menjadi 'bodyguard' Razif. Entah di mana Razif berada sekarang. Setelah Rafiq berlalu dari situ, Ayu segera mencari Razif setelah Rafiq menyuruhnya agar sentiasa berada di sisi Razif. Ayu berasa hairan, kalau Razif perlukan perhatian dan perlindungan, kenapa tidak mengupah bodyguard sahaja. Bukannya keluarga mereka tidak mampu pun, kenapa harus dia yang perlu menjadi 'bodyguard' lelaki sombong tuE?! Itulah yang sering bermain difikiran Ayu sekarang.

Akhirnya dia mengalah dan terus mencari Razif di seluruh kawasan sekolah tersebut. Walaubagaimanapun, dia dan ibunya hanyalah orang gaji sahaja. Memang sudah menjadi tanggungjawabnya menurut setiap arahan yang diberikan oleh ibubapa Rafiq dan Razif. Sepatutnya dia bersyukur kerana majikannya seorang yang baik hati. Kalau tidak, sudah tentu dia tidak dapat menyambung persekolahannya lagi. Sudah beruntung Ayu dan ibunya kini.

Lamunan Ayu terhenti apabila mendengar seseorang dari dalam dewan sekolah tersebut sedang memetik gitar dan menyayikan lagu Saat Terakhir yang pernah menjadi lagu paling popular di kelasnya dulu. Lagu yang didendangkan dengan buyi gitar yang merdu menambahkan lagi kesyahduan irama lagu.

Tak pernah terfikir olehku,
Tak sedikitpun ku bayangkan,
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri...

Begitu sulit kubayangkan,
Begitu sakit kurasakan,
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri...

Ayu bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapannya kini. Seorang lelaki yang sombong dan sering bergaduh dengannya kini sedang asyik bermain gitar dan menyayikan lagu dendangan ST 12 itu. Suaranya cukup merdu membuatkan Ayu terpaku melihat ketampanan Razif yang sejak dari tadi tidak menyedari kehadiran Ayu di situ.

Dibawah batu nisan kini kau t'lah sandarkan,
Kasih sayang kamu begitu gelap,
Sungguhku tak sanggup ini terjadi,
Kerna ku sangat cinta..

Inilah saat terakhirku melihat kamu,
Jatuh airmataku menangis pilu,
Hanya mampuku ucapkan,
Slamat jalan kasih...

Ayu merasakan setiap ayat-ayat yang dikeluarkan dari mulut Razif mempunyai maksud yang tersendiri. Dia bagaikan memahami apa yang ingin disampaikan oleh Razif melalui lagu itu. Tanpa disedarinya, Ayu duduk di sebelah Razif. Namun Razif masih leka bermain gitarnya tanpa mengetahui kewujudan Ayu saat itu sedang memerhatikannya.

Satu jam saja ku t'lah bisa
Cintai kamu dihatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butuh waktuku seumur hidup...

Satu jam saja ku t'lah bisa
Sayangi kamu dihatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butuh waktuku seumur hidup...

Dinatiku....

Tiba-tiba Razif berpaling. Mata mereka bertaut. Mata Ayu tidak berkelip apabila mendapati Razif mempunyai sepasang mata berwarna biru yang sangat cantik dan membuatkan hatinya berdegup kencang. Ayu juga menyedari Razif hampir seiras dengan wajah mat saleh. Mat saleh yang kacak dengan sepasang mata birunya. Namun timbul persoalan di hatinya apabila terkenagkan Rafiq. Rafiq tidak mempunyai sepasang mata biru seperti Razif mahupun wajah mat saleh, begitu juga dengan ibubapa mereka. Adakah sebab Razif menetap di negara asing itu? Tidak mungkin hanya kerana itu sahaja sudah membuatkan Razif tidak seiras dengan abangnya.

Lamunan Ayu terhenti apabila Razif tiba-tiba memegang pipinya yang mulus itu. Dan mengatakan sesuatu yang masih boleh didengari oleh Ayu walaupun suara Razif cukup perlahan semasa mengungkap kata-kata itu.

"Saya masih perlukan awak dalam hidup saya." Ayu terkejut. Terkejut dengan kelakuan Razif dan kata-kata yang kurang difahaminya itu walaupun jelas di perdengarannya. Ayu lebih terkejut lagi apabila mendapati airmata Razif membasahi pipinya. Razif menangis? Sukar untuk Ayu percaya. Namun, melihat keadaan Razif membuatkan Ayu mula berasa simpati terhadap Razif.

Ayu ingin memberikan ruang untuk Razif bersendirian dan segera melangkahkan kakinya keluar dari tempat itu, namun Razif sempat memegang tangannya. Langkah Ayu terhenti dan Razif terus memeluk Ayu. Ayu menjadi kaku. Tindakan Razif sudah jauh di luar jangkaannya. Dan ini sudah kali-2 Razif memeluk Ayu.

"Maafkan han." ucap Razif membuatkan Ayu terpaku sekali lagi. Ayu tidak tahu ingin berbuat apa. Kemudian, dia membiarkan Razif melayan perasaannya sendirian namun Ayu berasa tidak selesa apabila Razif masih lagi memeluknya.

Apa saya nak buat neE?! ujar ayu keresahan.

Rabu, 11 Februari 2009

cInTa sI gaDis biSu..

PROLOG


SRMU adalah sekolah swasta yang terbaik di Bandar ini. Ia lengkap dengan sekolah rendah hinggalah ke universiti. Mereka yang mampu belajar di sekolah ini kebanyakannya adalah cik-cik atau tuan-tuan muda kaya. Namun Ayu Natasya datang dari keluarga sederhana. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana orang macam Ayu boleh belajar di sekolah tersebut.


“Wah, hebatnya Rafiq bermain tennis. Makin kacak pulak tu!”jerit seorang pelajar perempuan diikuti dgn jeritan pelajar perempuan yang lain. Memang sejak dari dulu lagi, Rafiq menjadi idola terutamanya di kalangan pelajar perempuan.


“Hai, Ayu.”jerit Rafiq sambil melambaikan tangannya ke arah Ayu yang berada di gelanggang tennis, tempat Rafiq selalu berlatih apabila sesi pembelajaran tamat. Selalunya Ayu akan menunggu Rafiq sehingga dia selesai berlatih dan akan pulang bersama-sama.


“Siapa dea tu?”tanya Julia yang merupakan peminat fanatik Rafiq.


“Dialah yang bernama Ayu Natasya form 4 yang bisu tu. Dia dan ibunya bekerja sebagai orang gaji di rumah Rafiq.”jawab Anisha yang merupakan sahabat dan rakan sekelas Julia.


“Eh, jadi dea tinggal bersama mereka la tu! Tak guna!”ujar Shanti yang juga merupakan sahabat Julia.


“ Eleh, pompuan tu dapat masuk sini pun sebab ayah Rafiq yang biayai pelajaran dea. Tak sangka budak bisu cam dea pun still boleh belajar lagi!”marah Rosmah pula.


Itulah yang sering dihadapi oleh Ayu. Hinaan dan cercaan. Memang benar, setelah ayah Ayu meninggal dunia akibat kemalangan 2 tahun lepas, Ayu mengalami trauma dan meragut suaranya. Sejak itu, Ayu menjadi bisu namun pendengarannya masih baik lagi.

Ibunya akhirnya berjaya mencari pekerjaan yang baik. Keluarga Rafiq merupakan antara keluarga yang terkaya di kawasan perumahan tersebut. Di situlah ibunya bekerja sebagai orang gaji. Tambahan pula, mereka yang tinggal di kediaman Rafiq dan keluarganya semuanya baik hati dan ramah tamah.

Majikan ibunya mempunyai 2 orang anak lelaki. Anak lelaki sulung, Rafiq Azlan kini sedang berada di tingkatan 5. dia ialah pemain no.1 dalam kelab tennis di sekolahnya. Walaupun dia tegas dan tangkas ketika bermain, biasanya dia amat berbudi bahasa dan tenang sama seperti ahli keluarganya yang lain.

Anak lelaki bongsu dari keluarga itu pula ialah Razif Azhar. Dia kini belajar di United Kingdom. Ayu tidak pernah menemuinya lagi. dengar kata, dia sebaya dengan Ayu iaitu berada di tingkatan 4.

Timbul banyak persoalan di fikiran Ayu mengenai Razif. Mengapa dia belajar jauh dari keluarga? Mengapa Rafiq juga tidak belajar di sana bersamanya? Itulah yang sering bermain di fikiran Ayu.



**************************************



“Ayu, dah lama tunggu?”sapa Rafiq. Ayu menggelengkan kepala.


“Kalau camtu, saya tukar baju dulu. Lepas tu kita balik sama-sama,okey?”ujar Rafiq. Ketika Rafiq hendak berlalu dari situ, Ayu sempat menarik tangannya.


“Tapi sebelum tu, boleh tak kalau kita singgah sekejap di kedai? Tadi mak Ayu sempat berpesan untuk beli barang dapur.”ujar Ayu menggunakan pergerakan tangannya sebagai isyarat untuk bercakap.


“Okey, Fiq tukar baju dulu. Ayu tunggu kat sini.”ujar Rafiq lalu menuju ke bilik persalinan.



**************************************



Setelah selesai membeli barang-barang dapur, Ayu dan Rafiq terus pulang ke rumah. Apabila sampai di kediaman keluarga Rafiq, keadaan sunyi sepi. Ayu dan Rafiq berasa hairan apabila mendapati tiada orang di rumah tersebut.


“Fiq, awak dah balik?”sapa seorang gadis yang tiba-tiba muncul di belakang Rafiq. Dahi Ayu berkerut. Dia tidak pernah melihat gadis itu sebelum ini. Ayu mula berasa cemburu apabila melihat kemesraan diantara Rafiq dan gadis itu. Sememangnya dalam diam Ayu telah jatuh hati dengan Rafiq sejak dia dan ibunya mula bekerja dan menetap dgn keluarga Rafiq lagi.


“Ayu,kenalkan ini Maisarah. Dan Maisarah, inilah Ayu yang slalu saya ceritakan pada awak.”ujar Rafiq menghentikan lamunan Ayu.


“Hai, jadi awaklah gadis yang bertuah tu. How sweet..”ujar Maisarah lalu menghulurkan tangannya ke arah Ayu. Ayu membalas salaman itu dengan senyuman.


“so, marilah kita naik ke atas. Mereka semua dah tunggu tu.”ujar Maisarah lagi. Langkah Maisarah diikuti oleh Rafiq dan Ayu. Apabila tiba di tingkat atas rumah tersebut, kelihatan semua orang berada di situ. Mata Ayu tertangkap dengan kehadiran seorang lelaki yang kacak dan wajahnya hampir seiras dengan Rafiq. Namun dia tampak dingin.


“Ayu, kenalkan inilah adik Fiq, Razif.”ujar Rafiq apabila melihat raut wajah Ayu yang kebingungan. Ayu segera menghulurkan tangannya namun tidak disambut oleh Razif.


"Sombongnya dea nie. Muka je kacak, tapi dingin. Mujurlah Fiq tak macam dea."


“Awak kutuk saya ker?!”ujar Razif yang seakan-akan mendengar kata hati Ayu. Ayu mengerutkan dahinya.


“Awak ingat saya tak tau ker? Cara awak pandang saya tu dah membuktikan segala-galanya.”ujar Razif lagi sambil memandang Ayu dengan pandangan yang tajam. Ayu menggelengkan kepala. Dia segera menundukkan kepalanya apabila sedar akan renungan tajam yang diberikan oleh Razif kepadanya.


“Dahlah tu. Ayu, tolong tunjukkan bilik Razif. Saya nak bawa Maisarah bersiar-siar kat luar.”ujar Rafiq lalu menghampiri Maisarah. Ayu tersenyum kelat. Perasaan cemburunya mula membuak-buak.


“Awak suka abang saya ker?”ujar Razif apabila mendapati Ayu sering memerhatikan Rafiq dan Maisarah dari tadi.


“Baik awak lupakan. Buang masa je. Ingat, awak tu cuma orang gaji.”ujar Razif lagi membuatkan Ayu berasa geram dengannya.


“Angkat beg tu dan bawa kat bilik saya, cepat!”arah Razif lalu meninggalkan Ayu yang kebingungan. Mulutnya ternganga melihat beg-beg Razif yang besar dan banyak. Ayu menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Alien nie datang dari mana? nasib baiklah muka dea tue kacak cam Rafiq, kalau tidak, pasti aku tak caya dea tue adik Rafiq..!" ujar Ayu dalam hati.