My MuSiC


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

keNaLi gUrLz yEan'D...









Go get your own pYzam Page Pets

Page Pets & MySpace Layouts



Hai sumer.. makasih bebanyak coz sudi jenguk2 blog yean neE.. yean harap ada yang sudi menjadi sahabat yean di alam maya ini..! anyway, buat rakan2 sumer, maafkan yean jika yean siarkan citer2 yang x m'yenangkan hati.. and yean harap you aLL enjoy...!!!



Jumaat, 27 Februari 2009

Cinta PertamaKU..(series 1)



PROLOG

"Awak nak masuk kumpulan kami tak?"soal Irah yang sejak dari tadi memandang aku. Aku mengerutkan dahi. Timbul seribu pertanyaan di benakku. Binggung dengan persoalan yang diajukan oleh Irah sebentar tadi. Aku memandang Irah, begitu juga dengan wajah 5 orang yang baru kukenali sejak aku menjejakkan
kaki ke kelas 5 Amanah. Disebabkan keputusan cemerlang yang aku dapat dalam setiap exam yang dijalankan, aku dipindahkan ke kelas yang lebih baik lagi. Aku kini bagaikan seorang pelajar baru yang langsung tidak mengenali seorang pun pelajar yang ada di kelas tersebut.

"Amacam? nak tak? Lagipun kami memang bercadang nak tambah 2 orang ahli lagi dalam kumpulan kami."ujar Jie menghentikan lamunanku.

"Tapi utk apa?"tanyaku ragu-ragu. Tidak faham mengapa aku yang dipilih dan utk apa sebenarnya mereka menubuhkan kmpulan sendiri. Rasa nyer hanya 1 sahaja tujuan utk menubuhkan kumpulan iaitu seperti kumpulan Black Metal yang hanya akan memporak
perandakan negara. Mungkin... Tak pasti sangat.

"Erm, sebenarnya kami kat kelas neE ada buat kumpulan masing-masing c0z setiap guru sering beri kuiz seca
ra berkumpulan, s0 senang sikit nak kendalikan bila dah tetapkan kumpulan sendiri awal-awal."terang Jun pula. Aku hanya membisu. Mulutku kaku utk bercakap. Jantungku berdegup kencang apabila aku dan Jun bertentang mata. Aku sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya perasaan ini. Tetapi semenjak aku menjejakkan kaki ke sini, wujud satu perasaan yang sukar utk kuramal apabila pertama kali mengenali Jun. Adakah aku telah jatuh cinta? Tak mungkin!!!

*************************
"So amacam? Nak bagi nama apa utk kumpulan kiter neE?"soal Jun sambil memandang satu persatu wajah yang ada di hadapannya. Aku telah bersetuju menjadi ahli kumpulan mereka, begitu juga dengan Muz. Kini, ahli dalam kumpulan kami seramai 8 orang kesemuanya. 4 pompuan (Yean, Ira, Jie & Wawa) dan 4 lagi lelaki (Jun, Man, Ad
i & Muz).

"Erm, awak ada idea ker? Selalu nyer awak yang pandai dalam bab-bab camni." Wawa memandang Adi. Adi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memikirkan sesuatu.

"Aku dah dapat!" Tiba-tiba Adi menjerit menyebabkan kawan-kawan yang lain terkejut.

"Apa dea?"suara mereka hampir serentak. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Terasa lucu pula melihat riak muka mereka yang ternyata mengambil serius dengan isu nama kumpulan ini. Penting ker???

"Apa kata kiter namakan kumpulan kiter neE CRYSTAL STUDENT. Amacam? setuju tak?" Melihat wajah me
reka aku tahu mereka pasti berpuas hati dengan cadangan Adi. Tapi nama itu cukup asing bagiku alias pelik. Namun, apabila mereka semua bersetuju akan nama tuE, aku sekadar menganggukkan kepala tanda menerima cadangan Adi.

"0k, mulai hari neE nama kumpulan kiter CRYSTAL STUDENT!!!" jerit Adi membuatkan pelajar yang berada di kelas tersebut memandang ke arah kami. Aku hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. seronok melihat gelagat mereka seperti kebudak-budakkan. Erm rasanyer kami memang budak-budak pun cOz still year 5 lagi,ekeke..!!

******************************

"Apa awak buat kat sini?" sapa Jun. Aku memalingkan muka melihatnya dan menghadiahkan sebuah senyuman yang manis tanpa menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

"Dah dapat suaikan diri?" Jun memandangku. Agak lama hingga membuatkan aku menundukkan kepala. Bimbang apabila direnung sebegitu.

"Nampaknya masa 2 minggu neE terlalu sukar utk buat awak nak suaikan diri dengan kami. Muz ok jer. Awak masih kekok lagi bila berbual ngan kami sumer." Jun berkata dalam tawa sambil memandang ke arah Ira, Wawa, dan Jie yang berada tidak jauh dari mereka berdua. Masing-masing kelihatan gembira dengan tawa yang kuat menyebabkan kelas 5 Amanah menjadi seperti pasar ikan. Hampir semua pelajar di dalam kelas itu berbual dalam setiap cerita yang dibuka. Begitulah keadaan kelas tersebut apabila ketiadaan guru, apatah lagi kelas mereka terletak jauh dari bangunan bilik guru. Jika bom meletup pun belum tentu ada guru yang mendengarnya.

"Rasa nyer saya bukanlah orang yang terlalu lama nak mengambil masa nak rapat ngan awak, right?" Aku tersenyum melihat Jun mengerutkan dahi. Pasti tidak faham akan kata-kataku.

"Bukankah saya selalu ceritakan mengenai diri saya pada awak. Hampir setiap hari."sambungku lagi. Jun tergelak. Memang benar kata-kataku. Antara aku dengan Jun bagaikan adik-beradik. Setiap cerita dan kisah hidup kami dikongsi bersama. Aku lebih banyak menghabiskan masa berbual dengan Jun berbanding dengan Ira,Wawa dan Jie apatah lagi dengan Adi, Man dan Muz. Jauh panggang dari api!

"Entahlah, selalu nyer saya tak suka sangat ceritakan masalah saya pada seseorang apatah lagi ngan pompuan macam awak. Tapi bila saya dah kenal awak neE, rasa nyer terasa ringan jer mulut saya beritahu awak sumer pasal saya. Mungkin disebabkan dulu kiter pernah sekelas masa year 2 tak? Ingat lagi tak? Masa tuE, saya selalu bawa bekal ke sekolah, pastu kiter sering tukar bekalan coz awak suka makan mee goreng dan saya plak suke makan nasi goreng? Haa,ingat tak?"

Aku cuba mengingatinya. Terburai tawa kami berdua. Sudah tentu aku masih ingat saat-saat itu. Tak sangka plak Jun adalah budak cina yang slalu membawa copstiknya apabila membawa bekalan dan menyebabkan aku menangis c0z tak pandai menggunakannya. Tetapi akibat aku terpaksa ke luar negara bersama keluarga menyebabkan hubungan kami terputus begitu saja.

"Hampir setiap hari saya menangis apabila tak pernah lagi melihat awak kat sekolah. Sampaikan bekalan yang mak bagi pun saya tak makan c0z nak tunggu awak tukar bekalan ngan saya.But, suatu hari tuE, saya langsung lupa kat awak, wajah awak dan semua nyer ttg awak.."Aku melihat wajah Jun yang bertukar menjadi serius. Bagaikan tidak percaya akan kata-kata yang terluah dari hatinya. Aku hanya mendiamkan diri. Jun pula membisukan dirinya. Perlahan-lahan memori lama bemain di kotak fikiranku. Mengingati kembali saat kami sewaktu kecil dahulu.


Bersambung.....

1 ulasan:

Gadis blogger berkata...

jun tuh lelaki ke pompuan?