My MuSiC


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

keNaLi gUrLz yEan'D...









Go get your own pYzam Page Pets

Page Pets & MySpace Layouts



Hai sumer.. makasih bebanyak coz sudi jenguk2 blog yean neE.. yean harap ada yang sudi menjadi sahabat yean di alam maya ini..! anyway, buat rakan2 sumer, maafkan yean jika yean siarkan citer2 yang x m'yenangkan hati.. and yean harap you aLL enjoy...!!!



Sabtu, 28 Mac 2009

cInTa sI gaDis biSu..

Ayu duduk bersandar di sebuah kerusi yang panjang di halaman rumah majikannya. Petang yang indah disinari dengan cahaya matahari yang mula terbenam, membuatkan suasana menjadi semakin gelap.

"Ayu, kenapa neE? Ibu lihat lain macam jer sejak balik dari sekolah tadi? Ayu bergaduh dengan Tuan Muda Razif lagi ker?" sapa Ibu Ayu iaitu Samsiah yang bimbang akan anaknya yang sejak dari tadi asyik termenung sahaja.

Razif pula tidak keluar lagi dari biliknya sejak pulang dari sekolah. Dia asyik berkurung sahaja dari tadi. Hati tuanya mulai berasa bimbang jika ada sesuatu yang telah berlaku antara Ayu dan Razif hingga menyebabkan mereka kelihatan sedih dan langsung tidak ingin bercakap dengan sesiapa pun.

"Ayu, cuba kamu beritahu Ibu apa sebenarnya masalah kamu." pujuk Samsiah lagi apabila mendapati anaknya hanya mendiamkan diri sahaja. Samsiah duduk disebelah Ayu dan berharap agar anaknya itu dapat menceritakan segalanya tentang masalahnya namun hampa. Ayu hanya menggelengkan kepalanya.

Ayu masih memikirkan kejadian yang berlaku antara dia dengan Razif di sekolah tadi. Ayu menjadi semakin resah apabila teringat akan wajah Razif yang sedang dalam kesedihan. Ayu pelik dengan kelakuan Razif. Timbul banyak persoalan di hatinya mengenai Razif. Mengapa Razif menangis? Kata-kata yang diungkapkan dari bibir Razif juga masih tergiang-giang di telinganya.

"Ayu..." Ayu tersentak. Lamunannya terhenti. Lupa akan kehadiran Ibunya di situ.

Ayu tak apa-apa Ibu. Ayu cuma penat jer sebab tadi ada banyak aktiviti di sekolah tadi. ujar Ayu. Dia terpaksa membohongi Ibunya agar tidak khuatir akan dirinya.

"Kalau macam tuE. Ibu nak masuk ke dalam dulu, banyak kerja lagi. Ayu plak jangan lupa masak makan malam nanti. Tak lama lagi Datuk dan Datin pulang." Ayu menganggukkan kepalanya.

Setelah kelibat Ibunya hilang dari pandangannya, Ayu segera masuk ke dalam dapur untuk memulakan tugasnya sebagai orang gaji di rumah mewah itu. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyiapkan makan minum keluarga majikannya. Bimbang juga dia jika terlewat menyiapkan segalanya.

*********

Berkali-kali Ayu mengetuk pintu bilik Razif namun tiada respon. Dia harus memberitahu Razif agar turun ke bawah kerana keluarganya yang lain sudah pun menunggu untuk makan malam bersama-sama.

Perlahan-lahan Ayu membuka pintu bilik. Mungkin Razif sedang tidur. Namun, setelah masuk ke bilik tersebut, Ayu langsung tidak melihat kelibat Razif di bilik itu. Ayu semakin hairan. Setahunya, Razif hanya berkurung dan tidak pernah keluar dari biliknya sejak pulang dari sekolah tadi. Tiba-tiba Ayu terdengar bunyi seperti kaca pecah.

Ayu segera mencari arah dimana bunyi itu kedengaran tadi. Alangkah terkejutnya apabila melihat Razif sedang duduk di bilik mandi sambil memegang bingkai gambar yang telah pecah. Ayu segera menghampiri Razif dan memeriksa keadaannya. Bimbang jika ada berlaku kecederaan ke atas diri Razif.Kelihatan Razif menggenggam gambar seorang wanita yang cantik memakai gaun pengantin berwarna putih.

"Apa awak buat kat sini?!" ujar Razif tiba-tiba tanpa memandang wajah Ayu. Dia masih lagi menatap gambar wanita itu.

"Keluar!" ujar Razif lagi dengan kasar menyebabkan Ayu tersentak.

"Awak pekak ker?! Saya kata keluar!" Razif memandang Ayu dengan pandangan yang tajam. Mata birunya kini tidak lagi bersinar indah, ia dipenuhi dengan kebencian. Ayu bergegas keluar dari bilik Razif. Dia tidak ingin membuatkan Razif menjadi lebih marah lagi.

"Ayu, apa awak buat kat sini? Mana Razif?" ujar Rafiq yang tiba-tiba ada dibelakang Ayu.

Dea marah dan saya tak tahu apa sebenarnya salah saya pada dea hingga membuatkan...

"Erm, takpelah. Biarkan dea bersendirian. Maybe dea teringatkan arwah Shasya lagi." ujar Rafiq lagi memotong kata-kata Ayu yang menggunakan pergerakan tangannya sebagai isyarat untuk dia bercakap.

Arwah? Ayu kebingungan. Wanita dalam gambar itukah?

"Nanti saya ceritakan pada Ayu. Sekarang, kita turun bawah. Yang lain dah tunggu tuE. Biar Mak Kiah jer yang bawakan makanan untuk Razif nanti." Ayu menganggukkan kepala lalu membuntuti langkah Rafiq menuruni anak tangga. Walaupun dia dan ibunya hanya orang gaji, namun mereka sering makan semeja dengan majikannya. Katanya lebih meriah jika makan beramai-ramai dan membuatkan lebih berselera.

Ayu memandang kerusi kosong disebelahnya. Itulah tempat yang sering Razif duduk apabila mereka menjamu selera. Ayu berasa bimbang. Timbul perasaan simpati dihatinya. Adakah Razif pernah kehilangan orang yang disayangi? Adakah wanita di dalam gambar itu telah meninggalkan Razif? Adakah wanita itu adalah insan yang penting dalam hidup Razif. Yang pasti, Ayu harus mendapatkan jawaban itu dari Rafiq.

*********

Rafiq memerhatikan Ayu dari jauh. Kelihatan Ayu sedang duduk di sebuah buaian kecil di taman yang terdapat di halaman rumahnya. Perlahan-lahan Rafiq menghampiri Ayu yang masih termenung tanpa menyedari kehadirannya di situ.

"Ayu..." Ayu berpaling. Suara itu cukup dikenalinya. Ayu tersenyum kelat.

"Kenapa neE? Macam ada masalah jer." ujar Rafiq lantas duduk di sebelah Ayu. Ayu menggelengkan kepala. Belum sempat Ayu menggerakkan tangannya, Rafiq sudah terlebih dulu bercakap.

"Ayu masih fikirkan tentang Razif?" Ayu mengganggukkan kepala. Tekaan Rafiq sangat tepat. Ayu hanya mendiamkan diri, berharap agar Rafiq menceritakan mengenai Razif atau lebih dekat lagi iaitu mengenai insan yang sudahpun menjadi arwah itu.

"Nama dea Shasya. Ayu dah lihat gambar wanita yang ada di dalam bilik Razif?" Ayu mengganggukkan kepala sekali lagi.

"Dea tunang Razif."

Tunang? Ayu mengerutkan dahi. Tidak percaya akan kata-kata Rafiq sebentar tadi. Tidak mungkin Razif mempunyai tunang dalam usia yang begitu muda.

"Ya,memang betul. Wanita itu tunang Razif. Dea meninggal 3 bulan yang lalu akibat menghidap penyakit jantung berlubang. Oleh itu, Razif mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Shasya sebelum terlambat walaupun masih dalam usia yang begitu muda. Setelah mereka bertunang, Shasya mendapat seorang penderma jantung yang sesuai. Razif sangat gembira pada masa itu. Namun, kegembiraan itu datang hanya seketika apabila Shasya gagal dalam pembedahannya kerana keadaannya saat itu sangat kritikal. Setelah menerima kehilangan Shasya, barulah Razif pulang ke sini semula. Namun apa yang saya lihat, Razif masih lagi seperti dulu, masih tidak dapat menerima kehilangan Shasya walaupun sudah pulang ke tanah air." ujar Razif menerangkan segalanya kepada Ayu.

Ayu mula berasa simpati terhadap Razif. Tidak sangka Razif juga senasib dengannya. Dua-dua pernah merasai dan kehilangan orang yang disayangi. Ayu teringatkan arwah ayahnya. Ibunya tidak pernah mengeluarkan setitik pun airmata di depannya saat ayahnya meninggal. Tapi, Ayu dapat melihat tangisan Ibunya itu di mata hijau milik Ibunya. Memang sakit rasanya ketika kehilangan orang yang dicintai.

"Ayu, dah lewat malam neE. Esok kena bangun awal lagi untuk ke sekolah. Mari kita masuk." ujar Rafiq menghentikan lamunan Ayu. Langkah Rafiq menuju masuk ke dalam rumah diikuti Ayu.

"Ayu jangan terlalu memikirkan perkara itu, okay? Selamat malam." ujar Rafiq lagi seakan-akan tahu apa yang tengah difikirkan oleh Ayu saat ini. Ayu membalas senyuman yang dilemparkan oleh Rafiq kepadanya. Ayu terus menuju ke biliknya setelah Rafiq berlalu dari situ. Dia harus merehatkan tubuh badan secukupnya agar lebih bertenaga pagi esok.




Jumaat, 27 Mac 2009

pRoBLeM,,, PrObLeM.....!!!




sorry guys.... coz dah lama tak post n3 baru,huhu... ntah naper ngan blog yean skang neE... ader jer problem dye,huhu... owh ye, yean nak tanya something ngan kawan-kawan sumer.... erm, apa ek???? he3, yean nak tanya pendapat kengkawan mengenai blog yean.. ok tak???? hehehe... bagi pendapat ek......!!!


yean happy sangat coz dah ramai yang jadi follower yean... thanks a lot...!!! yean nak bagi penghargaan kepada sumer follower yean,hehehe... jeng, jeng, jeng....!!!!


thank you for being
my follower
...



p/s: x taw nak tulis apa lagi, ekeke...!!!

Ahad, 15 Mac 2009

Cinta PertamaKU..(series 1)

BAB 2


Sejak kejadian tempoh hari, hubungan aku dengan Jun semakin erat. Memang indah mencintai dan dicintai oleh orang yang kita sayangi. Namun apabila Asrul iaitu kawan baik Jun menyatakan tentang perasaan cintanya kepadaku, aku menjadi serba salah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui tentang hubungan aku dengan Jun sekarang ini kecuali Irah, Wawa, Jie, Adi, Man, dan Muz.

Aku tidak sanggup untuk memberitahu Asrul tentang hubungan kami. Aku takut jika hubungan persahabatan yang mereka bina selama ini akan putus disebabkan oleh aku. Apalagi untuk memberitahu Jun tentang perasaan Asrul kepadaku
.

Aku cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada berjumpa dengan Asrul. Kelakuanku kini disedari oleh Irah, Wawa dan Jie. Aku menceritakan segalanya kepada mereka. Namun, itu masih tidak dapat menyelesaikan masalahku.

Suatu hari, Jun langgsung tidak menegurku. Aku hairan dengan kelakuannya. Tidak pernah sesekali dia berbuat begini. Tiba-tiba sahaja dia menjadi dingin kepadaku. Adakah dia sudah tahu hal yang sebenarnya? Aku perlu mendapatkan kepastian. Aku tidak mahu kehilangan orang yang amat kusayangi.

"Jun.." aku menyapanya yang berada di dalam dewan. Nasib baiklah ketika itu tidak ada orang. Bolehlah aku menyelesaikan masalah kami disini. Jun melangkahkan kaki setelah menyedari kehadiranku di situ.


"Tunggu dulu. Kenapa awak buat saya macam neE? Awak dah tak sayangkan saya lagi?" aku menghalang Jun daripada keluar dari dewan tersebut. Dia meman
dangku dan hanya menggelengkan kepalanya tanda menafikan kata-kataku sebentar tadi.

"So, kenapa awak nak mengelak dari saya?!" airmataku membasahi pipi. Tidak sanggup rasanya untuk aku membayangkan bahawa Jun akan meninggalkan aku setelah hubungan yang kami bina selama ini. Hubungan yang pasti membuatkan hidupku disinari kebahagian.

"I'm sorry, yean.. I always love you,but.." Jun mengenggam tanganku erat. Kata-kata yang keluar dari mulutnya terhenti. Aku menanti dengan penuh sabar. Menanti kata-kata yang akan membuatkan hubungan kami lebih menjadi jelas.

"Tapi apa?" ujarku setelah mendapati Jun hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.

"Asrul... dea..."


"Kenapa? Sebab dea sukakan saya, awak nak nak elakkan diri dari saya?!" ujarku lagi. Geram dengan kelakuan Jun yang lebih mementingkan perasaan sahabatnya daripada perasaanku sendiri.


"Bukan. Tapi... Awak tahu kan? Saya tak boleh buat dea macam neE. Dea sangat sayangkan awak, yean. Saya tak mahu dicop sebagai kawan makan kawan. Sayang, remember this, I love you. But we can't do this to him."

"What?! So, awak nak saya dengan dea.."


"Shhh, bukan begitu. Cuma..."

"Cuma apa? Awak nak kita putuskan hubungan?"

"Yean, bukan itu maksud saya. Saya tak mahu kehilangan orang yang saya sayang. Tapi saya juga tidak mahu kehilangan sahabat baik saya, sayang. Kita tidak akan putuskan hubungan kita tapi..."


"Sudah larh,Jun. Saya tak mahu kerana saya, awak dengan Asrul bergaduh. Saya tak mahu awak selalu elakkan diri dari saya lagi. Saya dah buat keputusan, mulai hari ini kita akan tetap menjadi seorang saha
bat. Tidak lebih daripada itu." aku cuba untuk senyum. Namun, senyumanku itu membuatkan airmataku lebih laju membasahi pipi.

"No, saya nak awak tetap bersama saya. Saya akan cuba jelaskan semuanya kepada Asrul. Tolong jangan buat keputusan seperti ini. Please,sayang." Aku tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Inikah perasaan Jun padaku? Betulkah dia cukup mencintaiku? Namun, aku rasa bersalah. Bersalah terhadap Jun dan juga Asrul.

Asrul juga adalah sahabat baikku sebelum ini. Aku tidak sanggup untuk melukai hatinya. Apatah lagi melukai insan yang cukup kucintai. Aku dalam dilema. Tidak tahu harus membuat apa lagi agar tiada seorang pun yang akan terluka dengan keputusanku kelak.


"Kita sama-sama akan berjumpa dengan Asrul. Jelaskan dengan dea tentang hubungan kita selama ini,ok?" ujar Jun ap
abila aku hanya mendiamkan diri.

"Tapi, adakah awak sudah bersedia dengan semua ini.?"


"Yes. Saya pasti. Dan maafkan saya sebab selama neE saya selalu mengelak daripada berjumpa dengan awak. Saya buntu. Dan sekarang, saya berjanji akan mempertahankan hubungan kita walau apapun yang akan terjadi. I promise to you, sayang. I promise." Jun mengucup tanganku yang hangat.

Aku cukup terharu dengan Jun. Tidak sangka, dia akan lakukan semua ini. Aku tersenyum kepadanya. Memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi masalah ini. Aku cukup berharap Asrul dapat menerimanya. Hatiku berdegup kencang. Dapatkah aku dan Jun mempertahankan hubungan kami yang baru hendak mula mekar?


*********



Sudah hampir seminggu semua ini berlalu. Akhirnya aku dan Jun tidak perlu merahsiakan lagi tentang hubungan kami yang sudah sedia terjalin kepada Asrul. Semua guru juga telah mengetahu tentang perkara ini. Entah bagaimana perkara tentang kami boleh tersebar di seluruh sekolah.

Semenjak Asrul mengetahui tentang hubungan kami, dea sudah jarang bercakap. Namun, hubungannya dengan Jun masih seperti dulu. Bezanya, dea menjadi kekok apabila berhadapan dengan aku. Aku pelik dengan kelakuan Asrul sekarang, tetapi mujurlah tiada pergaduhan yang timbul antara Jun dan Asrul.

Kini, aku menjadi gadis yang paling famous di sekolah. Di mana sahaja aku pergi, pasti ada seseorang yang akan bertanya di mana Jun berada. Begitu juga dengan guru-guru yang ada di sekolah. Gadis-gadis yang dulunya meminati Jun pula sering menyapa aku dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana aku dapat memiliki Jun. Pelik!!! Namun, syukurlah kerana tiada seorang pun yang tidak menyukai aku walaupun lelaki idaman mereka sudah menjadi teman lelakiku.

Jun juga senasib denganku. Katanya ramai lelaki yang mennyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana dapat menjadikan aku teman wanitanya. Tidak aku nafikan memang dari dulu lagi aku selalu menolak jika ada lelaki yang mahu berkenalan denganku lebih daripada seorang kawan. Dan entah mengapa dengan mudah sahaja aku telah menjadi teman wanita Jun walaupun baru 2 bulan kami berkawan. Adakah ini kerana aku juga memang mencintai dirinya berbanding dengan mana-mana lelaki yang pernah ku temui sebelum ini?

Ya. Memang betul. Dan aku rasa sangat bahagia saat ini kerana telah menemui dengan lelaki idamanku yang selama ini ku tunggu dan idam-idamkan. Moga hubungan kami akan kekal hingga ke akhir hayat.



bersambung....

Jumaat, 13 Mac 2009

Tag UntuK yeaN LaGi..!!

Huhu, yean kene tag lagi.. Yean dapat tag daripada Sakuracute and mr_kay.. 2 owh.. Anyway, yean akan jawab, dun wury be hepi.. wahaha!!!

Tag pertama dari Sakuracute...
Yean jwab ye,ekeke..!!

1. Nama samaran yean??? erm,rase nyer inilah nama samaran yean.. kalau sakura ty nama betul kan bagus,ekeke!!

2. Hobi yean, chatting kat blog yean sendiri larh,hoho.. x sempat nak impikan hobi lain coz busy sangat dengan latihan and keje umah,huhu..

3. Barang tersayang eh.. erm, first yean syg ngan labtop yean,wahaha.. pastu, handphone, mekap, baju yang yean reka sendiri,hehe and last skali rantai yang diberi oleh arwah bf yean..

4. Perangai yg yean x suka ialah..... jeng,jeng,jeng....! kuat perasan, sombong, x m'hargai orang lain, kedekut, gila duit, gila talak????!! ekeke, dan seangkatan dengan nyer larh..

5. kata2 semangat??? yean x taw larh.. he3

6. Iye.. yean mmg minat sangat b'chat.. Terutama nyer dengan orang yang yean sayang kat blog yean,wahaha..!! dah ada yang perasan tu, neE yang x suka neE.. he3..

7. Besar nanti yean nak jadi lawyer, macam abg GhostMcee.. he3,jgn marah..!!

8. Blog sakuracute mmg cute sangat..! macam tuan dea,ekeke... harap makin banyak n3 baru.. he3..



Itu jer tag daripada sakuracute..
Skang yean nak jawab tag daripada mr_kay plak,he3


1.Who tagged you?
- org yg tag yean tuE, seorang lelaki yang bernama kay bin????! tak tahu,ekeke...

2. Do you like tags?
- suker gak.. c0z dalam banyak2 org tuE, yean jugak yang dipilih,hoho.. bangga nyer rase..

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
- nak blajar kat Paris and Korea.. tak p0n, nak jumpa ngan buah hati yean kat Korea, saper lagi kalau bukan Lee Jun Ki..!!!! hoho, jgn jelez arh...

4. What is your current mood?
- x taw plak,ekeke..!!

5. What will you do if your crush says he/she adores you too?
- nak buat ape ek???? herm..........?????

6. Will you fall in love with your bestfriend?
- x akan..! Yean tak nak kenangan lalu berulang kembali... cukuplah yean dah rase pahit manis nyer.. dah serik!!! lepas berpisah, dah segan nak b'kawan balik.. s0, kpd kengkawan yg dah jatuh hati pada kwn sendiri, lebih baik lupakan jer...

7. Which will you prefer, loving someone or being loved by someone?
- being love by someone.. indah lagi dicintai drpd mencintai,right????

8. What is your favourite food?
- mangga...hoho, yean suker sangat ngan makanan yg masam2 neE..! wahaha...

9. If the person you dislike is right in front of you, what will you do?
- yean kasi penamp0.. x p0n yean hadiahkan tendangan maut sampai mampus.. tak perlu lagi nak teng0k muka dea lepas tuE.. wakaka..!!! kiddingz.. yean jauhkan diri kot..

10. What do you pray each day for your loved ones?
- semoga dea x dirampas oleh perempuan gatal..! wakaka...!!! lucu,lucu..

11. What takes you down the fastest?
- bad news

12. How would you see yourself in ten years time?
- yean dah blajar kat korea and dah pandai cakap korea.. he3.. and, yean dah kawen ngan orang korea kot...! he3, prasan..

13. What is the reason that could make you so tensed up?
- Erm?????? apa ek???

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- yean tak taw larh.. hensem kot??? wahaha...!!! aik??? muka mr_kay dah merah larh.... prasan larh tuE,ekeke... gurau jer, jgn marah ek??!

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
- single.. but not rich larh.. just hepi g0 lucky...hoho..

16.Would you sacrifice for your loved ones?
- setia.. tu jer yang yean dapat bagi kat dea..

17. What's the character must have in your partner?
- baik hati... bkn jantung.. bt pe dea baik sangat nak bagi jantung dea,kan??? lebih baik bagi hati dea,hoho..!!!

18. If you fall in love with two people simultaneusly, who would you like to pick?
- dua2 yean x akan pilih.... c0z yean tak nak melukakan hati seseorang, chewah..!!!

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?
- maafkan jer.. tp sebelum tuE kene kasi penamp0 dulu.. wahaha...!!! kiddingzz..

20.Do you prefer being single or having a relationship?
- nak single jer.. tp kalau dah ada yang berkenan tu, sila larh isi borang kat shoutmix chat yean.. nanti yean temuduga,hoho...


21. what is your most embrassing moment?
- ada orang call my name.. tp bukan yean sebenar nyer yg kene panggil.. yean salah dengar, malu sangat.. koyak muka yean 7 tahun,wakaka...!!!

22. Who are the 5 person that you would like to tag?
- saper ek??? ok, yean pilih.... jeng, jeng, jeng...!!!

1. Sakuracute
2. Abg Kira
3. Kak Hunny
4. Abg Wan_Hazel
5. Kak Yana

Yean harap you aLL m'jawab tag ini...he3.. tu jer, daaaaaa...!!!!

Rabu, 11 Mac 2009

PERSATUAN SILAT

Yean skang neE dah ikut silat.. best sangat..!!! ekeke.. yean neE aktif sangat dalam kokurikulum..(betul ker neE????) yean banyak join persatuan2 like pengakap, silambam, dan silat.. he3, sampai yean dah jarang duk kat umah coz busy dengan latihan... malam plak yean tido, and kekadang tu bangun jam 3 pagi tuk siapkan keje rumah, huhu... selain itu, yean ade join kelab pencinta alam.. and kelab bola jaring.. memang yean paling teror larh kat skull c0z dah pecah rekod...wakaka!!! tu belum lagi ngan dream and teams.. tp skang yean dah tari diri dari kelab tuE coz nak kurangkan sikit kesibukan yang yean alami skang,ekeke... owh ye, yeaN nak kengkawan tengok muka2 cute kitorank semasa latihan silat.. he3..!!!!

*********


haaa.. kalau korank nak taw, inilah alat2 muzik yang digunakan dalam silat.. silat ada 2 kategori... Pertama, olahraga.. yean pilih olahraga coz berat yean 45kg, wahaha.. 45 dan ke atas, disarankan ikut olahraga.. Ke-2 plak seni.. mereka yang ambik neE kene ada alunan muzik.. setiap pergerakan mereka akan diikuti dgn muzik.. sebab tu larh perlu ada nyer alat2 muzik neh..

*********


Yang neE larh student silat seni.. mereka bukan menari taw.. jangan salah faham plak.. mereka tuE sumer tengah mengeluarkan aura2 silat yang telah dipelajari, chwah..!!! yang dua orang tuE tengah ber'gusti' untuk merebut seorang lelaki.. wakaka..!!


*********

Yang neE plak pemain2 alat muzik.. mereka neE dalam kategori silat olahraga jugak.. makne nyer selain olahraga, mereka adalah sebahagian daripada student yang ambik silat seni.. 2 in 1.. he3.. best kan????


*********

Ini plak student yang ambik silat olahraga.. sumer nyer tampak ayu je kan??? ekeke,prasan larh plak..! kengkawan sumer jangan pandang rendah taw.. tampak je ayu and cute (kuat prasan..hoho), tapi sebenar nyer sangat tegas dan ganas apabila ber'gusti' dalam gelanggang.. haaa, jangan cabar...!!! wahaha..


*********

Akhir sekali, yean nak perkenalkan couch yean.. hensem kan?? erm, x lah jugak,ekeke..(sempat lagi mengutuk) dea neE kekadang mesra sikit, tapi kalau mood tegas dea datang, sumer orang dea nak lawan termasuk larh pompuan.. (erm,x pernah kot dea lawan pompuan, saje je cakap,ekeke).. bt pengetahuan kengkawan sumer, kalau nak ikut silat, silalah guna seluar yang besar sikit coz bila anda ber'gusti' di dalam gelanggang, selalu timbul kes 'seluar koyak'.. wakaka, memang lucu larh.. kawan yean pernah kene kes neE, malu sangat.. sumer orang ketawa.. tapi tak hairan sangat larh coz itu adalah perkara biasa dalam silat.. mintak jauh2kan larh kes yang memalukan tu dari yean.. he3


tu jer yang yean nak citer kat korank today,he3.. salam...!!!

Ahad, 8 Mac 2009

cInTa sI gaDis biSu..

PART 1

Ayu menghampiri bilik Razif. Sudah jam 7 pagi namun Razif masih belum bangun lagi. Dia harus mengejutkan Razif agar tidak terlewat untuk ke sekolah. Kini Razif juga bersekolah di SRMU dan sekelas dengan Ayu. Ayu pula ditugaskan oleh keluarga Razif untuk menjaganya.

Dia berasa hairan kerana perlu menjaga seorang lelaki yang sudah matang dan pasti tahu menjaga dirinya sendiri. Mengapa perlu perhatian daripada orang lain lagi? Namun, Ayu terpaksa akur kerana ia memang adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja di bawah keluarga Razif.

Ayu mengetuk pintu bilik Razif berkali-kali namun tiada respon. Ayu membuka pintu perlahan-lahan. Dia harus mengejutkan Razif dengan segera. Alangkah terkejutnya Ayu apabila mendapati Razif masih tidur.

Dea tak dengar ke tadi saya ketuk pintu tuE sampai nak pecah?! Agak nyer kalau saya bom bilik neE pun pasti dea tak perasan punyer!

Ayu hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat Razif. Tanpa disedarinya, terukir senyuman di bibir Ayu. Ayu merenung Razif agak lama. Dia menghampiri Razif dan cuba untuk mengejutkannya. Razif tiba-tiba memeluk Ayu dan membuatkan Ayu kaku. Ayu lemas dalam pelukan Razif namun dia segera menolak Razif dan membuatkan Razif terjaga dari tidurnya.

"Apa awak buat kat bilik saya neE?" ujar Razif yang terkejut dengan kehadiran Ayu di dalam biliknya itu. Ayu kemudiannya mencapai jam yang terletak di meja dan menghulurkannya kepada Razif.

"Apa neE? Jam? Kenapa awak bagi saya jam neE?" Razif mengerutkan dahinya. Tidak faham akan tindakan Ayu.

Ayu kemudiannya menunjukkan angka 7 dengan jari telunjuknya. "Hah?? Dah jam 7? Kenapa awak tak cakap awal2?!" ujar Razif lalu menuju ke bilik air dengan gopoh.

"Apa awak buat kat sini lagi? Keluarlah, saya nak mandi. Takkan awak nak tengok filem free kot!" Ayu segera keluar daripada bilik itu.

Saya pun tak ingin nak tengok walaupun ia percuma larh,huh! Ayu merengus kasar. Dia hairan kenapa Razif selalu ingin bertekak dengannya. Setahu Ayu, dia tidak pernah sekalipun melakukan kesalahan kepada Razif. Sudah seminggu Razif berada di sini, namun sekalipun tidak pernah melayan Ayu dengan baik. Ada saja yang salah di matanya.

Anak orang kaya. Mana larh ada hati nak bercakap sopan apatah lagi nak bebaik dengan orang gaji macam saya neE. Silap hari bulan, Pasti dea suruh saya panggil 'Tuan' kot.. Ekeke!!

Ayu segara menahan gelak dan kemudian menuju ke tempat dimana kereta Razif diparkir. Hari neE dia terpaksa bersama-sama ke sekolah dengan Razif. Ayu berasa sedih kerana dia mungkin tidak akan dapat bersama dengan Rafiq lagi seperti selalu.


*********

"Apa ayu buat kat sini? Mana Razif?" tanya Rafiq yang menyedari kehadiran Ayu di gelanggang tennis tersebut.

"Awak dah habis latihan?" tanya Ayu pula menggunakan pergerakan tangannya sebagai isyarat untuk bercakap tanpa menjawab pertanyaan Rafiq sebentar tadi.

"Ya. Ayu tak perlu lagi menunggu saya di sini. Mulai hari neE, Ayu kena sentiasa berada di sisi Razif. Maisarah akan pulang bersama saya mulai hari ini, memandangkan dea jugak sekelas dengan saya." terang Rafiq dengan senyuman. Ayu hanya berdiam diri. Hatinya mulai sakit apabila Rafiq sering bercakap tentang Maisarah sejak kebelakangan ini. Cemburukah dia??

Sejak kedatangan Maisarah dan Razif, Ayu jarang dapat mendampingi Rafiq seperti selalu. Apatah lagi, dia terpaksa menjadi 'bodyguard' Razif. Entah di mana Razif berada sekarang. Setelah Rafiq berlalu dari situ, Ayu segera mencari Razif setelah Rafiq menyuruhnya agar sentiasa berada di sisi Razif. Ayu berasa hairan, kalau Razif perlukan perhatian dan perlindungan, kenapa tidak mengupah bodyguard sahaja. Bukannya keluarga mereka tidak mampu pun, kenapa harus dia yang perlu menjadi 'bodyguard' lelaki sombong tuE?! Itulah yang sering bermain difikiran Ayu sekarang.

Akhirnya dia mengalah dan terus mencari Razif di seluruh kawasan sekolah tersebut. Walaubagaimanapun, dia dan ibunya hanyalah orang gaji sahaja. Memang sudah menjadi tanggungjawabnya menurut setiap arahan yang diberikan oleh ibubapa Rafiq dan Razif. Sepatutnya dia bersyukur kerana majikannya seorang yang baik hati. Kalau tidak, sudah tentu dia tidak dapat menyambung persekolahannya lagi. Sudah beruntung Ayu dan ibunya kini.

Lamunan Ayu terhenti apabila mendengar seseorang dari dalam dewan sekolah tersebut sedang memetik gitar dan menyayikan lagu Saat Terakhir yang pernah menjadi lagu paling popular di kelasnya dulu. Lagu yang didendangkan dengan buyi gitar yang merdu menambahkan lagi kesyahduan irama lagu.

Tak pernah terfikir olehku,
Tak sedikitpun ku bayangkan,
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri...

Begitu sulit kubayangkan,
Begitu sakit kurasakan,
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri...

Ayu bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapannya kini. Seorang lelaki yang sombong dan sering bergaduh dengannya kini sedang asyik bermain gitar dan menyayikan lagu dendangan ST 12 itu. Suaranya cukup merdu membuatkan Ayu terpaku melihat ketampanan Razif yang sejak dari tadi tidak menyedari kehadiran Ayu di situ.

Dibawah batu nisan kini kau t'lah sandarkan,
Kasih sayang kamu begitu gelap,
Sungguhku tak sanggup ini terjadi,
Kerna ku sangat cinta..

Inilah saat terakhirku melihat kamu,
Jatuh airmataku menangis pilu,
Hanya mampuku ucapkan,
Slamat jalan kasih...

Ayu merasakan setiap ayat-ayat yang dikeluarkan dari mulut Razif mempunyai maksud yang tersendiri. Dia bagaikan memahami apa yang ingin disampaikan oleh Razif melalui lagu itu. Tanpa disedarinya, Ayu duduk di sebelah Razif. Namun Razif masih leka bermain gitarnya tanpa mengetahui kewujudan Ayu saat itu sedang memerhatikannya.

Satu jam saja ku t'lah bisa
Cintai kamu dihatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butuh waktuku seumur hidup...

Satu jam saja ku t'lah bisa
Sayangi kamu dihatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butuh waktuku seumur hidup...

Dinatiku....

Tiba-tiba Razif berpaling. Mata mereka bertaut. Mata Ayu tidak berkelip apabila mendapati Razif mempunyai sepasang mata berwarna biru yang sangat cantik dan membuatkan hatinya berdegup kencang. Ayu juga menyedari Razif hampir seiras dengan wajah mat saleh. Mat saleh yang kacak dengan sepasang mata birunya. Namun timbul persoalan di hatinya apabila terkenagkan Rafiq. Rafiq tidak mempunyai sepasang mata biru seperti Razif mahupun wajah mat saleh, begitu juga dengan ibubapa mereka. Adakah sebab Razif menetap di negara asing itu? Tidak mungkin hanya kerana itu sahaja sudah membuatkan Razif tidak seiras dengan abangnya.

Lamunan Ayu terhenti apabila Razif tiba-tiba memegang pipinya yang mulus itu. Dan mengatakan sesuatu yang masih boleh didengari oleh Ayu walaupun suara Razif cukup perlahan semasa mengungkap kata-kata itu.

"Saya masih perlukan awak dalam hidup saya." Ayu terkejut. Terkejut dengan kelakuan Razif dan kata-kata yang kurang difahaminya itu walaupun jelas di perdengarannya. Ayu lebih terkejut lagi apabila mendapati airmata Razif membasahi pipinya. Razif menangis? Sukar untuk Ayu percaya. Namun, melihat keadaan Razif membuatkan Ayu mula berasa simpati terhadap Razif.

Ayu ingin memberikan ruang untuk Razif bersendirian dan segera melangkahkan kakinya keluar dari tempat itu, namun Razif sempat memegang tangannya. Langkah Ayu terhenti dan Razif terus memeluk Ayu. Ayu menjadi kaku. Tindakan Razif sudah jauh di luar jangkaannya. Dan ini sudah kali-2 Razif memeluk Ayu.

"Maafkan han." ucap Razif membuatkan Ayu terpaku sekali lagi. Ayu tidak tahu ingin berbuat apa. Kemudian, dia membiarkan Razif melayan perasaannya sendirian namun Ayu berasa tidak selesa apabila Razif masih lagi memeluknya.

Apa saya nak buat neE?! ujar ayu keresahan.

Sabtu, 7 Mac 2009

Cinta PertamaKU..(series 1)

BAB 1


"Awak ngan Jun ada apa2 ker?"suara Irah yang menyapa mengganggu tumpuanku ke arah papan tulis. Aku mengerutkan dahi. Tidak faham akan kata-kata Irah yang duduk di sebelahku. Wawa dan Jie yang duduk di belakang kami serta merta berhenti menulis. Mereka memandang aku. Menunggu jawaban yang bakal meniti di bibirku.


"Just frenz like you aLL"kataku dengan selamba.

"Just frenz?? But you look different. I mean, awak berdua tuE, macam couple. Selalu bersama, sering berbual bersama..."kata-kata Wawa membuatkan aku tergelak. Aku segera menutup mulut apabila Cikgu Qu yang merupakan guru kelas 5 Amanah memberikan signal agar aku senyap dan tidak mengganggu pelajar lain yang tekun menjawab soalan kuiz matematik yang diberikan sebentar tadi. Aku merenung Jun yang duduk bersama dengan Adi, Man dan Muz.

"Awak suka kat Jun ker?"tekaan Wawa membuatkan aku terkedu. Aku menggelengkan kepala. Menafikan kata-kata Wawa yang sebenarnya tepat. Namun, aku tahu perasaan dan hati Jun bukan untukku. Ia milik orang lain.

"Awak tahu ker yang Jun sukakan Jie?" Aku menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Irah.

"Tapi awak tak perlu risau, saya tak sukakan dea pun. He is not my taste."ujar Jie dengan selamba.

"Maksud awak?"tanyaku ragu-ragu.

"Saya dah jumpa ramai pompuan yang sukakan Jun termasuklah awak. Awak tak boleh tipu diri sendiri dengan menafikan perasaan awak tuE. Kalau awak suka kat Jun, just tell him. Saya pasti dea akan terima awak. Lagipun awak ngan dea serasi apa..Right,girls?" kata-kata Jie dan anggukan Irah dan Wawa membuatkan aku terkejut. Fikiranku ligat berfikir bagaimana mereka tahu bahawa aku sukakan Jun? Adakah mereka yang lain juga tahu? Tapi mustahil kerana aku tidak pernah menceritakan pada sesiapa pun.

"Macam mana awak sumer tahu yang saya sukakan Jun?" tanyaku dengan hairan.

"Kami jumpa paper yang tertulis sumer tentang isi hati awak pada Jun kat dalam buku latihan matematik awak."ujar Irah dalam senyum.

"Oh my God. No way!" saat ini aku merasakan bahawa aku adalah perempuan yang paling malang sekali dalam dunia neE. Entah macam mana aku boleh terlupa untuk membuang paper tuE. Habislah aku kalau Jun tahu. Dimana nak letak muka aku neE?

"Wait, paper tuE kat mana skang?" Jie, Irah dan Wawa saling berpandangan. Pertayaanku dibiarkan sepi. Langsung tidak berjawab. Senyuman mereka membuatkan aku semakin gelisah.

"Guys.." kataku dalam debaran.

"Sorry,yean.. Kami dah beri kat Jun. Adi, Man dan Muz pun dah tahu tentang hal neE." kata-kata Wawa membuatkan aku terkejut. Aku tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata lagi. Tiba-tiba pandanganku menjadi semakin kabur, gelap dan akhirnya .....................................................................................................................................




**********************
"Awak dah sedar?" suara yang cukup kukenali itu membuatkan aku berdebar. Jun!!! Aku memandang sekeliling bilik kesihatan itu. Jantungku berdegup kencang apabila menyedari hanya kami berdua sahaja yang berada di situ. Entah sejak bila mulutku kaku untuk bercakap dengan Jun. Adakah sebab Jun sudah mengetahui tentang perasaanku terhadapnya? Aku berusaha untuk tidak memandang wajahnya dan cuba melangkahkan kaki untuk keluar dari bilik itu. Tidak sanggup rasanya untuk berhadapan dengan Jun lama-lama.

"Awak nak kemana neE?"tindakan Jun yang menarik tanganku membuatkan jantungku berdegup dengan lebih kencang. Langkahku terhenti. Aku menundukkan kepala. Tiba-tiba airmata jatuh ke pipi. Aku cuba menahan namun sia-sia sahaja. Semakin laju airmata membasahi pipiku.

"Hei,kenapa neE? Awak sakit ker?" Jun berasa serba salah.

"Awak dah tahu kan?"kata-kata yang meniti di bibirku membuatkan Jun mengerutkan dahi.

"Tahu apa?"Aku mendiamkan diri dan membiarkan soalan itu sepi tanpa berjawab. Tidak sanggup rasanya mahu meneruskan kata-kataku yang hanya akan membuatkan aku kecewa.

"Kenapa neE? Cakap jelah.."

"Awak.. "Jun menanti penuh sabar. Merenungku penuh erti.

"Saya.."Argh! Tidak sanggup rasanya untuk aku meneruskan kata-kataku.

"Awak suka saya?"kata-kata Jun membuatkan aku terkejut. Airmata yang mulai reda kini kembali mengalir.

"Saya suka awak juga."katanya lagi. Jun merenungku. Mengenggam erat tanganku.

"Awak bohong. Awak..."

"Shhh... Tentang saya suka kat Jie tuE dah lapuk. Entah jampi apa yang awak bagi kat saya sampai saya terlupa kat dea pun saya tak tahu. Awak masih ingat tak masa kite lepak ramai-ramai kat bukit sana tuE? Masa tuE saya langsung tak nak berenggang dengan awak sampai Man buat gosip yang bukan-bukan? Itu adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup saya. Dan pada waktu itulah saya jatuh hati pada awak." Aku tersenyum. Namun, airmataku semakin banyak mengalir membasahi pipiku.

"Lesung pipit awak cantik. Secantik gadis yang berjaya mencuri hati saya." tindakan Jun yang menyentuh pipiku membuatkan aku tersipu malu.

"Hoi,jiwang karat betullah!"suara Man dan tawa Irah, Wawa, Jie, Adi dan Muz membuatkan aku terkejut. Entah sejak bila mereka berada di sebalik pintu tersebut.

"Ehem, dosa tau pegang-pegang tangan."perli Irah membuatkan Jun segera melepaskan tangannya.

"Nasib baiklah kami sempat halang Cikgu Qu daripada masuk ke bilik neE, kalau tak... Pasti ada orang yang dah kene tangkap basah..Hish,hish,hish.." perli Jie pula. Tersembur tawa kami apabila kelakuan Jun yang tiba-tiba menuju keluar dari bilik membuatkan kepalanya terhantuk sewaktu Cikgu Qu menolak pintu ketika hendak masuk ke bilik kesihatan tersebut. Aku tersenyum. Betapa bahagianya rasa apabila orang yang dicintai mencintai diri kite juga. Aku memandang Jun. Dalam diam dea sempat mengeyitkan mata ke arahku sewaktu Cikgu Qu membalut kepalanya yang lebam dengan kapas.

"Ehem!"suara mereka yang serentak membuatkan aku tersenyum sipu. Jun memandangku membuatkan aku menundukkan kepala. Segan untuk menatap wajah Jun yang kini telah menjadi orang yang paling special dalam hatiku.



Bersambung......





Khamis, 5 Mac 2009

Tag UntuK yeaN..

Haha.. yean dapat tag drpd kak juE neE.. terpaksa larh yeaN jawab gak, ekeke..

1. listkan romantik movie yg paling disukai
2. Tak payah ikut urutan
3. List 5 nama yg bakal terkena tag neE


5 moviE romantiK yG disukaI yeaN...hoho
JenG, jEnG, JenG...!!



WINDSTRUCK

-yean rasa filem neE larh yg paling best.. menyentuh kalbu,chewah..!! Yg paling sedey nyer, hero dea mati,huhu.. Lepas yean teng0k film neE, baru yean rasa camne perasaan pompuan tuE bila kehilangan orang yg dicintai.. yean pun dah alaminya 3 bulan yg lalu..













MY WIFE IS A GANGSTER 3

-Haa, yg neE plak filem yg paling lucu (rasa nyer).. sampai yean t'guling-guling kat katil pun ada, lawak giler..!!! cuma hero dea yean tak brape suke larh.. pendek sangat,ekeke.. tp citer dea memang best giler... berkali-kali yean ulang tayang, x pernah bosan pun.. cuma ada part dlm citer neE yg kurang m'yenangkan yean iaitu time hero dan heroin dikejar oleh sekumpulan penjahat.. but lucu sangat-sangat part tuE,ekeke..(sekejap cakap x okay, sekejap cakap okay..apa larh) hehe..









KAL HO NAA HO

-Ini jugak salah satu film yg yean suker.. citer neE memang sedey larh coz hero dea pun mati.. nasib baik larh ada hero ke-2, klu tak terpaksalah heroin dea jadi andartu, ekeke...(takkan larh sampai camtu skali..) film neE banyak unsur2 romantik, hehe.. tp romantik lagi daddy yean,ekeke..(ada2 aje)..!!!






JUST MY LUCK

-Erm, filem neE best jugak larh (bagi yean larh).. kedua-dua pelakon neE, yean minat sangat2.. citer dea romantik gak larh.. so, sesapa yg dah tengok film neE, pasti tak rugi kan?? kan?? ekeke.. erm, 1 lagi film chris pine, tajuk dea blind dating.. yean suke sangat coz time tuE dea mainkan watak sbg seorang lelaki yg buta..lucu beb..!! tp yean x brape minat sangat coz ada part yg x patut dilihat.. tp kira ok gak coz x de part yg HARAM utk dilihat larh.. cuma yg kurang menyenangkan mata jer.. ekeke










OLIVIA

-Hehe, filem indonesia paling best yean pernah teng0k.. pasti ramai dah tengok filem neE kan???? sejak yean teng0k filem neE, yean minat sangat2 ngan kak Velove Vexia dan Dirly,ekeke.. yean ada dapat FS mereka berdua taw,hoho.. tak sangka plak yg kak velove dan raffi ahmad neE couple.. best nyer!!! tp sayang seribu sayang, mereka dah break up.. kak velove plak nak sambung blaj0 kat luar negara,huhu.. haaa, yg paling yean suke neE, birthday kak velove 13 march and yean plak 12 march,hehe.. aik,dah t'keluar daripada topik larh plak... I'm sorry,ekeke..!!! erm,bagi sesapa yg belum lagi melihat filem neE, teng0k larh sebelum t'lambat,chewah!!! best giler...!!!






hehe, skang yean nak bagi tag pada kengkawan yg lain plak.. dan calon-calon nyer ialah....
JENG,JENG,JENG....!!!

1. Kak Qyn
2. Farzana
3. Sakuracute
4. Kak Lala Zehan
5. Hidayah Hamdi


ekeke.. yean tak taw sebenarnya nak bagi saper tp setakat neE yean dah dapat 5 mangsa yg TERistimewa,chewah..!! pape p0n, kepada calon-calon yg telah tersenarai, silalah jawab,k??? gud luck...!!!